Alhamdulillah..Akhirnya Lagu Pertama keluaran Violet Classic Production telah dilancarkan secara rasmi pada 18.11.18 pada jam 18.18 pm.Lagu Qarlyna nyanyian Ku Faiz ini telah pun berada di platform digital seperti Joox, Spotify, Kkbox & Deezer.

Jadi kepada anda yang belum lagi mendengar lagu ini, boleh layari  Youtube Channel Violet Classic Production.

Qarlyna

Termenung Sendirian Dalam Kegelapan
Malam Semakin Sepi
Seperti Hati Ini
Ku Pejam Mata Untuk Menonton Memori
Kisah Yang Tersembunyi
Tersimpan Dalam Hati Dan Mimpi
Ooohh..Di Hatiku..Di Mimpiku

Dan Dia
Yang Pertama Terlukis Dalam Khayalan
Menghapuskan Kesunyian
Dan Dia
Membawa Aku Terbang Jauh
Dan Lebih Jauh

*Solo*

Dan Dia
Yang Pertama Terlukis Dalam Khayalan
Menghapuskan Kesunyian
Dan Dia
Membawa Aku Terbang Jauh
Dan Lebih Jauh

Dan Dia
Perlahan-lahan Menghilang Dari Mata
Menjelma Dalam Lena
Dan Dia
Menjadikan Mimpiku Indah
Dan Lebih Indah

Mungkinkah..Akan Ada
Cerita Cinta
Antara..Aku & Dia

Artis : Ku Faiz
Lagu : Ideal Qarlyna
Lirik : Shah Putra

_________________________________________________________________________

Qarlyna – Di Sebalik Tabir


Gambar ini diambil selepas record vocal. Walaupun masing-masing keletihan, tapi yang penting muka mau steady bila bergambar..:)

2 Minggu lepas tu kita pun berangkat ke Kedah untuk sesi penggambaran Music Video di Keriang Hill. Tak tau pasai apa, jejak ja kedah..masing-masing pandai cakap Kedah Habaq hang.

Kita sampai dalam pukul 9 lebey. So dah lepas check in, kitorang pun buat satu sesi briefing tentang keseluruhan jalan cerita supaya proses penggambaran berjalan dengan lancar.

Lepas briefing kita pekena Kuew Tiaw Iman Telur Leleh dulu..


Terbaik Habaq Hang!Kalau hangpa p Alor Setaq jangan lupa singgah Kuew Teow Iman..Balik2 mata masing-masing tak mau lena..jadi kami pun start lebih awal dari yang di rancang.


Pantas sungguh masa berlalu..sesi penggambaran Video Klip selesai dalam pukul 8 pagi. Lepas tu kita pergi sarapan. Balik tu kita sambung sesi photoshoot.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Terima Kasih kepada Mak & Ayah Ku Faiz, Mak & Ayah Misya Putri serta Cikgu Wazuwardi yang turut hadir memberikan sokongan.

Terima Kasih kepada Pihak Keriang Hill yang menaja Lokasi Penggambaran, Makanan dan Penginapan.

 

Selesai sesi penggambaran. Bermaksud masih banyak lagi kerja-kerja editing yang perlu di lakukan. Setelah beberapa minggu editing, akhirnya kami memutuskan untuk release lagu ni pada 18.11.18.

Dan inilah hasilnya..

 

Semoga anda terhibur dengan lagu ini. Kami sangat menghargai setiap sokongan dan maklumbalas anda.

Terima Kasih

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *