Klinik Vokal @ Violet Classic

 

Tahukah Anda Penyakit Yang Ada Dalam Nyanyian Anda? 

Bila tengok rancangan realiti macam Af, Mentor dan sebagainya..perasan tak juri selalu cakap..”pitching kelaut”..tapi korang faham ke pitching kelaut tu macam mana?

1) Pitching!Pitching!Pitching!

Inilah penyakit utama dalam bidang nyanyian.Kalau Pitching Kelaut..memang sumbanglah nyanyian tu.Korang ada penyakit tu ke?Korang perasan tak samada nyanyian korang sharp atau flat?

Ha..kalau korang rasa ragu-ragu. Inilah masanya untuk korang datang ke Klinik Vokal @ Violet Classic.

Dalam Klinik Vokal ini, kami akan tunjukkan setiap pitch yang korang hit masa menyanyi. Korang boleh tengok sendiri sama ada dia ke laut, ke gunung ataupun angkasa lepas..hehe

2) Tempo

Korang nyanyi rushing ke dragging? Ke korang tak boleh bezakan? Pernah tengok cerita whiplash tak?Tak pernah mari kita layan dulu..

Jangan risau kitorang takda kejam macam tu..hehe..Kami mengajar dengan penuh kasih sayang.

Sebab kami betul-betul nak membantu penyanyi-penyanyi yang ada masalah tempo ni supaya dapat menyanyi ikut tempo. Biasanya kalau penyanyi ada penyakit Tempo ni, yang jadi mangsa ialah musician.Music baru sampai Seremban..Penyanyi dah sampai Melaka.Kan haru tu..

Kalau rasa-rasa ada penyakit tu..datanglah ke Klinik Vokal@Violet Classic, kerana kami ada penawarnya.

3) Pernafasan

Tahukah korang pernafasan merupakan element penting untuk menjadikan nyanyian kita sedap dan merdu. Macam mana nak tarik nafas dengan betul masa menyanyi?

Kebanyakan penyanyi amatur tidak menarik nafas dengan betul masa menyanyi. Sebabtu banyak note tak boleh sustain sebab tak cukup nafas.

Kalau nak tahu cara bernafas dengan betul masa menyanyi, boleh datang ke Klinik Vokal@Violet Classic.

Ok ini adalah antara 3 punca utama nyanyian kita sumbang. Adakah anda bebas dari “penyakit” ini?

Kalau nak tau penyakit apa yang ada dalam nyanyian korang..boleh buat temu janji dengan Doktor Vokal kita..

Siapa Doktor Vokal?

Memperkenalkan Doktor Vokal anda..

Aidil Azhar

Produser @ Violet Classic Production

 

Drummer @ Gotodiwa

Berpengalaman sebagai Juru Audio di bermacam-macam event. Kalau brader ni takde, maka huru-hara lah event tu tanpa bunyi yang mantap.

 

Berpengalaman sebagai event organizer..

Terlibat sebagai sessionist dan sound engineer di recording studio.

Berpengalaman membuat persembahan di bermacam-macam event.Ni gambar dia perform dengan Band Gotodiwa dekat Tanjung Pinang, Indonesia

Pandai main gitar..

Pandai main drum..

Pandai main piano

Pernah menjadi juri pertandingan nyanyian bersama-sama dengan Ronnie Hussein(Hyper Act).

Dan sekarang dah ada Recording Company sendiri..

Violet Classic Production

TIARA SOUTH, SEMENYIH

Senang cite..macam-macam pengalaman beliau dalam bidang muzik. Kalau korang belajar dengan dia..bukan saja dapat belajar vokal, tapi berpeluang jadi penyanyi..mana tau rezeki korang kan. Tetiba dia minat dengan suara korang, terus dia offer record single..Amacam?Berminat nak try?

 

Apa yang best belajar vokal dengan Sound Engineer?

Sebab sound engineer lah yang selalu betulkan pitching penyanyi masa recording. Penyanyi-penyanyi yang hebat pun perlukan khidmat sound engineer untuk memastikan nyanyian mereka di tahap yang terbaik.

Lepas pergi kelas ni boleh nyanyi macam Siti Nurhaliza ke?

Kemampuan vokal seseorang tu berbeza-beza.Apa yang kami boleh tolong ialah mengenal masalah nyanyian anda dan memperbaiki masalah tersebut supaya nyanyian korang menjadi lebih baik.

Perkara pertama yang kami akan lakukan ialah menilai tahap nyanyian korang.Secara umumnya ada 3 Kategori penyanyi :

1) Kurang Bakat

-Penyanyi macam ni biasanya tak dapat tangkap nada.Jenis “tone deaf”. Orang nyanyi kat A..dia nyanyi kat G. Jadi kalau dia nyanyi akan jadi “off key”.Kalau penyanyi macam ni, kita akan ajar betul-betul dari basic.

2) Sederhana

-Kebanyakan orang boleh menyanyi secara sederhana. Selalu nyanyi kat smule, karaoke dan konsert di bilik air. Kadang-kadang orang dengar dia nyanyi sedap..tapi pergi pertandingan tak pernah menang,.Sebab apa? Sebab banyak fail dekat masalah teknikal.

3) Berbakat

-Berpotensi secara semula jadi. Tak pernah masuk kelas vokal. Tapi dia boleh nyanyi sedap. Dan dia boleh nyanyi lebih sedap kalau dia masuk kelas vokal. Biasanya ada note yang dia hit tu kurang tepat je. Contoh note tu kena hit A..dia hit A#(maksudnya tinggi sikit dari sepatutnya).Biasanya masalah macam ni tak ramai orang perasan. Tapi biasanya musician/soundengineer akan dapat detect masalah ni.Kalau penyanyi macam ni, memang boleh polish sampai dapat perfect pitch.

Kesimpulannya..Kalau pergi kelas ni..kita akan ajar bergantung tahap kemampuan masing-masing. Bergantung pada masalah yang ada pada nyanyian masing-masing.Dah tahu “penyakit” baru lah kita bagi “ubat”.Kalau kita dengar ada masalah tempo, kita akan fokus belajar tempo. Kalau masalah pitching(ni boleh dikatakan 90% ada masalah ni)..kita akan fokus ajar pitching.Tapi kalau kita dengar nyanyi macam Dayang ataupun Faizal Tahir..kita akan sign kontrak terus untuk record single.Amacam best tak?

 

Lokasi?

  • Violet Classic Studio, Tiara South, Semenyih

Format Kelas 

  1. Sesi 1 – Teknikal Part. Dalam sesi ini, kita akan memberi pengenalan tentang asas nyanyian seperti range suara anda, pitching, tempo dan juga teknik pernafasan.Kami juga akan berikan satu apps latihan supaya anda boleh berlatih sendiri di rumah.
  2. Sesi 2 – Latihan Praktikal. Kita akan adakan live jamming session.Dimana kami akan fokus pada nyanyian anda dan akan betulkan on the spot part2 nyanyian anda yang silap. Oleh kerana kelas ini hanya fokus pada seorang student sahaja untuk setiap sesi, anda akan lebih cepat faham dan betulkan kesilapan yang ada.
  3. Sesi 3 – Penghayatan dan Penjiwaan. Sesi ini lebih kepada bagaimana untuk mewarnai nyanyian anda. Bagaimana untuk menyuntik emosi dalam nyanyian anda dan membuatkan nyanyian anda lebih dinamik.
  4. Sesi 4 – Latihan Praktikal. Kali ini kita akan praktis secara live dan anda akan menggabungkan teknik-teknik yang diajar dalam nyanyian anda. Anda perlu menyanyi dengan penjiwaan dan penghayatan tanpa mengabaikan teknikal part seperti pitching dan tempo.
  5. #Bonus Bernilai Rm300 – Recording Akustik. Kita akan buat satu Sesi Recording sebagai Final Assignment anda. Anda akan rasai sendiri feel recording sebenar. Bolehla buat kenangan sebagai tanda aras baru dalam nyanyian anda. Contoh recording akustik..Nyanyian Ku Faiz…layan dulu..

Berapa Harganya?

  • RM499
  • Tempoh Kelas : 1 Bulan
  • Jadual Flexible(Boleh Bincang)
  • 5 Sesi(1 Sesi 1 Jam)
  • Bonus(Recording Akustik) – (Bernilai RM200)
  • Percuma Latihan & Bimbingan Secara Online(Sebulan)

 

Berminat?Daftar sekarang untuk temujanji dengan Doktor Vokal..

 

Booking jadual anda hari ini. First Come First Serve.

Jumpa anda nanti.

#Belajar Vokal Di Studio Recording

#Buat Cover Sambil Belajar Vokal

#Klinik Vokal @ Violet Classic

 

www.violetclassicproduction.com